Pages

Assalamualaikum.. Selamat datang ke blog ini. Diharap segala informasi yang terkandung di ruangan blog ini dapat memberi seribu satu manfaat kepada pembaca diluar sana InsyaAllah..


Sunday, September 30, 2012

Rancangan Pengajaran Harian RPH

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( KEMAHIRAN HIDUP )

Mata Pelajaran :       Kemahiran Hidup
Tahun             :       5 Elektron
Tarikh             :       3 September 2012 ( Isnin )
Masa                :     9.00 pagi – 10.00 pagi ( 60 minit )
Bilangan Murid   :     21 orang
Bidang              :           2.         Perniagaan dan Keusahawanan
Unit Pembelajaran     :    2.6      Mengurus Perbelanjaan Diri
Tajuk Pembelajaran   :      a.         Merekod Pendapatan dan Perbelanjaan
Hasil Pembelajaran    :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat ;
i)             Menyenaraikan 3 jenis sumber pendapatan yang boleh diperoleh dengan cara yang betul.
ii)            Melengkapkan jadual rekod pendapatan dan perbelanjaan dengn tepat.
BBM / Bahan Aktiviti  : Jadual rekod pendapatan dan  perbelanjaan mudah alih dan kertas jadual rekod pendapatan dan perbelanjaan serta video.
PSA                           :i) Murid berpengalaman menerima pendapatan
melalui wang saku yang diberikan oleh ibu bapa
ii) Murid pernah berbelanja di kantin dan koperasi   sekolah.
Nilai   :Kerajinan dan kerjasama.

Kemahiran Berfikir       :Mengenalpasti contoh atau maklumat dan berfikir secara logik.
Pendekatan Pengajaran :Pembelajaran secara konstruktivisme.


Langkah
Isi kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Catatan / Nilai / Kaedah
Set Induksi
( 10 minit )

i. Murid di dedahkan dengan perancangan kewangan yang merupakan satu langkah penting untuk menikmati masa depan yang terjamin dan sejahtera.

ii. Guru menerangkan mengapa perlunya merekod pendapatan dan perbelanjaan diri.


Guru menayangkan video mengenai :
1.    Seorang kanak-kanak sedang mengira jumlah wang simpanannya tetapi tidak mencukupi.
2.    Dia menuduh kakaknya mengambil duit yang dia simpan.
3.    Kakaknya memberitahu bahawa kanak-kanak itu sebenarnya telah membelanjakan duit yang berlebihan.
4.    Akhirnya kakaknya telah mengajar dia bagaimana untuk membuat jadual rekod perbelanjaan dan pendapatan.














ABM : Tayangan video.


Nilai :
Kesederhanaan
Langkah 1
( 20 minit )
Jenis-jenis sumber pendapatan:

1. Wang saku
2. Mengambil upah
3. Menjual barang terpakai
4. Menghasilkan dan menjualbarang
1. Guru menarik perhatian murid dengan bertanyakan dari mana mereka memperoleh wang saku.
2.  Murid memberi pelbagai jawapan mengenai sumber pendapatan yang mereka peroleh.
3. Guru menayangkan video mengenai jenis sumber pendapatan yang boleh diperoleh dengan cara yang betul dan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai setiap sumber.
4. Secara berpasangan, murid diminta untuk menyenaraikan sumber pendapatan yang boleh mereka peroleh.
5. Guru meminta setiap pasangan murid membentangkan hasil perbincangan di hadapan kelas.









ABM : Video


Nilai : Kerjasama.

Kaedah : Penerangan dan perbincangan.
Langkah 2
( 20 minit )
Langkah-langkah merekod pendapatan dan perbelanjaan:

1.    Murid membaca dan fahami situasi yang diberikan oleh guru.
2.    Murid diminta mengisi maklumat yang betul di lajur pendapatan.
3.    Kemudian, murid perlu mengisikan maklumat di lajur perbelanjaan pula.
4.    Akhir sekali, murid dikehendaki mengira baki wang yang tinggal iaitu:

Pendapatan-perbelanjaan= baki


Hasil Pembelajaran:

Merekod pendapatan dan perbelanjaan
1.      Guru
menerangkan cara menyediakan rekod pendapatan dan perbelanjaan menggunakan bahan bantu mengajar.
2.  Murid dibahagikan
kepada lima kumpulan untuk membuat latihan melengkapkan jadual rekod pendapatan dan perbelanjaan.
3. Guru memberi situasi dan jadual merekod pendapatan dan perbelanjaan kepada setiap kumpulan dan murid dikehendaki melengkapkan jadual tersebut di dalam kumpulan.
4.  Setelah murid
melengkapkan jadual tersebut, guru meminta setiap kumpulan untuk mempersembahkan hasil kerja masing-masing di hadapan kelas.
5.  Guru memberikan kata-kata pujian kepada kumpulan yang berjaya menghasilkan rekod perbelanjaan dengan betul.


ABM :
Rekod pendapatan dan perbelanjaan mudah alih, kertas rekod pendapatan dan perbelanjaan. Gambar bahan perbelanjaan dan duit kertas contoh.


Nilai :
Kerjasama, kerajinan


Kaedah :
Perbincangan


Kemahiran berfikir:
Berfikir secara logik.

    Penutup
( 10 minit )
Membuat rumusan
kepentingan merekod
pendapatan dan
perbelanjaan
1. Guru membuat penekanan mengenai kepentingan merekod pendapatan dan perbelanjaan diri.

2. Guru mengadakan kuiz dan bertanyakan beberapa soalan mengenai jenis sumber pendapatan yang boleh diperoleh dan cara yang betul untuk merekod pendapatan dan perbelanjaan.

Soalan:

-       Nyatakan beberapa jenis sumber pendapatan yang boleh diperoleh?
-       Nyatakan langkah-langkah merekod pendapatan dan perbelanjaan dengan urutan yang betul.

3. Guru memberi nasihat kepada murid tentang kebaikan menabung dan kegunaannya di masa akan datang.
Nilai-nilai:
kerajinan

Kaedah:
-perbincangan

Catatan:
-guru memberikan hadiah kepada murid yang berani menjawab soalan guru.

0 comments:

Post a Comment