Penggunaan teknologi atau ICT dalam
P&P ,
bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses P&P. Untuk
itu kita seharus dapat menggunakannya secara berfikrah, terancang dan
bersesuaian (iaitu, bila perlu, bila
tidak, dan bagaimana?). Penggunaan teknologi atau ICT secara tidak langsung
akan membantu dan mendorong kita untuk melakukan anjakan pradigma dalam proses P&P .
Ini seterusnya akan melahirkan satu persekitaran pembelajaran yang
lebih baik.
Aplikasi/integrasi teknologi atau ICT dalam P&P
tidak semestinya berkehendakkan kita menguasi kemahiran teknologi atau ICT
tahap tinggi, tetapi yang lebih penting dan utama ialah bagaimana kita dapat
menghasilkan bahan atau media P&P yang memenuhi kesesuaian dan keperluan
pembelajaran pelajar. Untuk itu kita seharus menguasi kemahiran pedagogi (disamping konten dan psikologi) dan yang
berkaitan. Kita juga harus memahami apa yang dimaksudkan dengan integrasi
teknologi dalam P&P, perancangan dan
pelaksanaannya .
Bagi menghasilkan bahan atau media P&P yang
menepati kesesuaian dan keperluan pembelajaran yang optimum, kita seharusnya
perlu mengetahui dan memahami aspek-aspek rancangan pengajaran (instructional
planning), rekabentuk pengajaran
(instructional design) dan yang cukup
penting ialah teori pembelajaran (learning theory) yang mendasari perkara
di atas.
Dalam proses kita menentukan bahan-bahan (media, perisian atau pakej) yang
bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kita seharus juga mengetahui beberapa
konsep yang berkaitan penggunaan komputer / ICT dalam P&P; Antaranya PPBK, CAL , e-learning , internet dalam P&P , dan intranet dan sebagainya.
Kemudian kita sehaursnya berupaya menilai
bahan-bahan P&P mengikut kaca mata (dari
sudut perspektif tertentu). Untuk itu elok kita kenal bagaimana menilai sesuatu bahan
P&P dan proses penilaiannya , dan dapat menggunakan instrumen penilaian
yang bersesuaian.

0 comments:
Post a Comment