Pages

Assalamualaikum.. Selamat datang ke blog ini. Diharap segala informasi yang terkandung di ruangan blog ini dapat memberi seribu satu manfaat kepada pembaca diluar sana InsyaAllah..


Sunday, September 30, 2012

Pengenalan




Proses pengajaran atau “penyampaian “ merupakan suatu kemestian dalam pendidikan dan latihan. Setiap proses pengajaran perlu ada maklumat yang jelas yang hendak dicapai. Matlamat ini tidak akan dapat dicapai sekiranya tiada perancangan yang lengkap dan sistematis. Justeru, reka bentuk pengajaran ialah manifestasi bahawa pembelajaran tidak harus berlaku dalam keadaan kelam kabut, tetapi perlu dibina mengikut proses yang tersusun atur dan menjurus kepada hasil pembelajaran yang boleh diukur.
Pada asasnya, reka bentuk pengajaran menetapkan apa yang hendak diajar dan bagaimana hendak diajar agar pembelajaran dapat berlaku. Hal ini termasuk mengukur pencapaian objektif (hasil pembelajaran) dan merancang semula sehingga objektif tercapai. Dengan kata lain, reka bentuk pengajaran ialah proses tiga peringkat, iaitu penentuan objektif yang jitu, perancangan pengajaran pembelajaran, dan penilaian pengajaran pembelajaran.

Konsep Reka Bentuk Pengajaran
Reka bentuk pengajaran ialah satu proses sistemis menterjemahkan prinsip-prinsip umum pengajaran-pembelajaran kepada bentuk perancangan bahan dan penyampaian pembelajaran.

Apa itu reka bentuk pengajaran?
"Instructional technology is the theory and practice of designing development, utilization, management and evaluation of processes and resources for learning". (Seels & Richey, 1994)

"Suatu proses sistematik untuk mereka bentuk, membangun, melaksanakan dan menilai pengajaran". (Dick & Reiser, 1989)

"Sains untuk mencipta spesifikasi pengajaran dengan terperinci untuk penegembangan, penilaian dan penyelenggaraan suatu keadaan yang boleh  memudahkan pembelajaran sesuatu unit pelajaran tidak kira kecil atau besar dalam sesuatu mata pelajaran". (Richey, 1986)
Terdapat banyak model reka bentuk pengajaran tetapi secara amnya terdapat 6 perkara asas:
                          i.        Menentukan keperluan pelajar
                        ii.        Menentukan matlamat dan objektif
                      iii.        Membina prosedur penilaian   
                       iv.        Mereka bentuk dan memilih strategi penyampaian
                         v.        Mencuba sistem pengajaran
                       vi.        Menilai keseluruhan sistem

Gustafson (1991) telah membahagikan model-model itu kepada 3 tumpuan:
·         Model berorientasikan bilik darjah
·         Model berorientasikan produk
·         Model berorientasikan sistem

Teknologi pengajaran ialah satu cara yang sistematik untuk membentuk, melaksanakan dan menilai seluruh proses pengajaran dan pembelajaran dari segi objektif-objektif tertentu yang berdasarkan penyelidikan, pembelajaran dan komunikasi manusia dan menggunakan sumber-sumber manusia dan bukan manusia untuk menghasilkan pengajaran yang lebih berkesan.

Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di maria proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal.
(Yusuf Hashim, 1998)







Peranan dan kepentingan Reka Bentuk Pengajaran

 1. Untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Dick and Reiser (1989):
"Pengajaran yang berkesan membolehkan pelajar memperolehi kemahiran, pengetahuan dan sikap yang diharapkan".
 2. Membantu mewujudkan keyakinan, kepercayaan dan perasaan hormat pelajar terhadap pengajar, sekaligus membantu pembinaan disiplin yang positif. Perancangan pengajaran yang baik dapat menjamin pencapaian objektif atau hasilpembelajaran yang dirancang. Guru yang mengaplikasi reka bentuk pengajaran dalam perancangan penyampaian pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran pelajarnya jelas dan berkesan.

Rekabentuk pengajaran memainkan peranan yang penting dalam menentukan kejayaan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah serta kejayaan satu-satu program atau kurikulum kursus.
Antara kepentingan dan peranan reka bentuk pengajaran adalah seperti berikut:
i.        Meningkatkan pencapaian pelajar.
ii.        Menjadikan pengajaran dan pembelajaran bilik darjah lebih teratur.
iii.        Memungkinkan objektifpengajaran dan pembelajaran dan hasil pembelajaran mudah tercapai.
iv.        Membantu dalam proses membuat keputusan.
v.        Menjadikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran standard atau selaras bagi kumpulan yang pelbagai.
vi.        Menjimatkan masa dan peruntukan yang besar, khusus bagi sesuatu program yang besar dan luas. Contohnya, pendidikan jarak jauh.

0 comments:

Post a Comment